Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Checklist untuk tentukan “benarkah susu saya tidak cukup?”

Setuju tak kalau saya katakan SOALAN “benarkah susu saya tidak cukup?” ini agak JARANG diutarakan oleh ibu-ibu berpantang dan menyusu terutamanya first time mommy. TETAPI, ramai yang terus buat KENYATAAN dan kesimpulan “SUSU SAYA TIDAK CUKUP” atau “SAYA TAKDE SUSU”? 😀

Jangan segan silu nak mengaku sebab saya dulu pun macam tu. Hihi. Bukan semua orang dikurniakan tubuh badan yang terus dapat menghasilkan susu dari hari pertama kelahiran. Ada juga yang hari pertama susu keluar dan tiba-tiba hari-hari seterusnya baby macam ‘tak cukup susu’.

Ibu-ibu yang mengalami situasi ini selalu mengeluh.. “Baby niiii..asyik-asyik nak susu. Tak sampai sejam, nak susu lagi”. Kadang-kadang tu dalam masih tempoh berpantang, tak sempat si ibu nak makan, baby dah mintak nak susu. Tak sempat nak abes berurut, baby dah menangis minta disusukan. Terpaksalah stop kejap untuk susukan si kecil.  Tu tak kira waktu malam lagi. Tiap-tiap jam bangun sebab baby nangis.

Then, mulalah si ibu ni stress..asyik kena menyusuuuuu aje, kerja rumah yang lain banyak terbengkalai. Badan pun jadi makin lembik, lemah, takde tenaga… Dan kemudian…mulalah si ibu ni berkira-kira nak campur susu. Kalau ada ibu-ibu menyusu yang macam tu, saya minta YOU HOLD YOUR THOUGHTS JUST RIGHT THERE!! Cehh..tercakap omputih pulak. Atau dalam BM, BERHENTI BERFIKIR DI SITU! Pernah tak dengar.. kita buat apa yang kita fikirkan? So, kalau nak jadi ibu yang TEGAR mahu menyusukan anak dengan susu ibu, jangan cuba-cuba untuk sekalipun berfikir ke situ, ok?

susu tidak cukup

“Habis tu, apakah penyelesaiannya? Anak saya asyik mengamuk je. Macam tak puas minum susu. Setiap setengah jam sekali mesti nak minum sampai Cik B saya tak sempat penuh. Saya tak pernah dapat rasa ‘let down reflex (LDR)…”

Mesti ibu-ibu yang tengah frust kerana rasa susu ibunya tidak cukup ini akan berkata demikian kan?

Benarkah susu saya tidak cukup untuk bayi?

Sebelum membuat kesimpulan yang “susu saya tidak cukup”, meh kita jawab soalan-soalan dalam checklist ni dulu.

Mula-mula, kenal pasti dan fahami keadaan diri kita (si ibu) dengan menjawab soalan-soalan di bawah ini:

Adakah anda stress? Adakah anda mendapat rehat yang cukup?

benarkah susu saya tidak cukup

Tidur atau rehat yang tidak cukup boleh membuatkan ibu yang menyusu menjadi stress lalu mempengaruhi pengeluaran susu dan juga let down reflex (LDR). Jika stress bukan disebabkan oleh rehat yang tidak cukup, cuba kenal pasti apakah puncanya dan cuba lupakannya semasa sedang mengepam atau menyusu. Nikmati saat-saat indah bersama bayi ketika menyusu agar hormon oksitoksin dan prolaktin dapat melaksanakan tugas mengeluarkan susu dengan sempurna.
♥ Adakah saya mendapat zat yang cukup dari pemakanan?

Bayi mendapat zat dari susu ibu melalui apa yang si ibu makan. Jika kita (ibu menyusu) tidak mendapatkan makanan yang SEIMBANG (bukan BANYAK ye!) atau sibuk berdiet tanpa mengambil kalori yang cukup, jangan pula rasa stress dan tanya “kenapa susu saya tidak cukup ye?” Makanlah makanan yang seimbang dan terutama sekali jangan abaikan pengambilan protein dan juga air kosong! Kenal pasti juga jenis-jenis makanan dan minuman yang boleh membuatkan anda merasakan ‘susu saya tidak cukup’ (kerana lain orang, lain kesannya) dan elakkan dari mengambilnya dalam diet seharian anda. Untuk mengetahui lebih lanjut keperluan nutrisi seorang ibu menyusu, boleh refer kat sini.

♥ Adakah saya minum cukup air (sekurang-kurangnya 3 liter sehari)?

Komposisi UTAMA dalam susu ibu selain protein adalah AIR. Untuk seorang dewasa, setiap 25kg berat badan kita, kita perlu minum sekurang-kurangnya SATU (1) LITER air masak. Jadi, kebanyakan orang dewasa memerlukan DUA (2) liter air. Tetapi, untuk ibu-ibu yang menyusu, kita memerlukan lebih dari itu i.e sekurang-kurangnya TIGA (3) liter bagi melancarkan pengeluaran susu. Jangan cepat claim “saya dah banyak minum air”, tetapi cuba sukat dulu berapa sebenarnya AIR MASAK (bukan air manis+air oren+milo etc etc ye) yang anda telah minum sepanjang hari.

♥ Adakah saya benar-benar mengosongkan Cik B selepas setiap kali sesi penyusuan?

Bayi yang baru lahir memang suka dipeluk dan banyak tidur. Kadang-kala walaupun sedang menyusukannya, bayi anda mungkin tertidur. Kadang-kadang anak yang mengamuk bukan sebab susu tidak cukup, tapi sebab belum puas menyusu dia sudah tertidur walhal dia masih lapar. Sekiranya berlaku sedemikian, kejutkan bayi anda perlahan-lahan supaya dia terus menyusu sehingga Cik B anda kosong atau jika dia tidak mahu, pam susu anda supaya otak sentiasa menerima isyarat untuk terus dan lebih banyak menghasilkan susu pada sesi seterusnya. Jika tidak, otak akan menafsirkan bahawa tidak banyak susu yang diperlukan lantas kemudian pengeluaran susu menjadi semakin kurang.
♥ Adakah saya menyusu atau mengepam sekurang-kurangnya 2 jam sekali?

Konsep utama untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu ibu yang WAJIB difahami adalah konsep demand & supply (permintaan & penawaran). Sekiranya terdapat permintaan yang banyak i.e bayi kerap menyusu atau ibu kerap mengepam, maka semakin banyaklah penawaran (susu menjadi banyak). Ada sesetengah bayi memang tidur lama. Ada sesetengah ibu pula, dek kerana terlalu sibuk bekerja, mereka terpaksa memonteng sesi mengepam susu. Kadang-kadang sehingga LEBIH 4 jam tiada isyarat ‘permintaan’ untuk mengeluarkan susu yang dihantar ke otak. Ini menyebabkan otak menerima isyarat bahawa ‘susu tidak diperlukan’. Permintaan yang tidak konsisten kepada otak pada sesetengah waktu menyebabkan ibu-ibu merasakan susu tidak cukup apabila sesi penyusuan atau pengepaman kembali kepada asal kerana penawaran susu telah berkurang.
♥ Adakah saya menyusukan bayi dengan kedua-dua belah Cik B?

Tidak dinafikan ada sesetengah ibu atau bayi lebih suka menyusu di salah satu Cik B sahaja. Tetapi, jangan diabaikan pula Cik B yang satu lagi. Jika tidak boleh menyusu secara terus (direct feeding) di salah satu Cik B, pamlah susu anda agar penghasilan susu dari Cik B tersebut tidak terhenti. Untuk hasil yang memberangsangkan, lakukanlah tandem nursing (i.e sebelah direct feeding, sebelah pam pada masa yang sama) kerana pada masa itulah rangsangan untuk mengeluarkan susu dari Cik B tersebut paling optimum.
Adakah saya sedang atau bakal datang period?

Sudah berapa lamakah anda tidak period? Untuk pengetahuan ibu-ibu, perubahan hormon ketika period juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Sebab itulah kadang-kala ibu merasakan susu seperti tidak cukup. Bagi mengelakkan bekalan susu tidak cukup pada tempoh period ini, ibu-ibu bolehlah menggandakan sesi pengepaman sebelum waktu period datang bagi mengumpul stok.
♥ Adakah saya mengambil pil perancang atau ubat-ubatan yang menjejaskan penghasilan susu?

Kebiasaannya, ubat-ubatan adalah selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Namun begitu, terdapat juga ubat yang boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu terutamanya pil-pil perancang. Sebagai langkah selamat, maklumkan kepada doktor anda bahawa anda sedang menyusukan bayi agar dia mempreskripsikan ubat yang tidak menjejaskan pengeluaran susu anda.
♥ Adakah saya mengandung?

Ibu-ibu yang menyusu sepenuhnya kadang-kala tidak akan datang haid berbulan-bulan. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang mengandung. Tetapi, seperti juga period, perubahan hormon ketika mengandung boleh mempengaruhi pengeluaran susu. Jadi ibu-ibu ini mungkin hanya akan menyedari perubahan ini apabila tiba-tiba mendapati susu mereka seolah-olah tidak cukup atau kurang dari biasa.

Itu, CHECKLIST untuk IBU.

Kalau semuanya OK, meh kita buat CHECKLIST untuk BAYI pula sebelum membuat kesimpulan “susu saya benar-benar tidak cukup.”

♦ Adakah bayi saya melekap (latch on) dengan betul?

benarkah susu saya tidak cukup

Adakah anda mengalami tanda-tanda berikut?

  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

Jika ya, ini menunjukkan bahawa bayi anda tidak melekap (latch on) dengan betul. Jadi, jangan salahkan susu anda tidak cukup jika anak anda mengamuk kerana tidak puas menyusu. Sebaliknya, pelajarilah teknik pelekapan bayi yang betul bagi menjayakan penyusuan bayi anda.

♦ Adakah bayi saya benar-benar menyusu semasa sesi penyusuan?

Ramai bayi yang tertidur semasa sedang menyusu. Ini dapat dipastikan jika ibu mendapati TIADA perbuatan berikut:

  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Bunyi bayi menelan susu.

Ibu yang menyangkakan bayinya benar-benar sudah lena pasti akan memindahkkannya dari pangkuan ke tilam. Tapi, sekiranya bayi belum benar-benar kenyang, tidak lama kemudian pasti si bayi akan terjaga semula dan minta untuk disusukan. Jadi, jika bayi anda tertidur, kejutkannya perlahan-lahan dengan menyentuh pipi atau bahagian lain anggota badannya agar dia menyusu sehingga kenyang dan dapat tidur lebih lama.

 

♦ Adakah bayi saya sedang mengalami “growth spurt”?

benarkah susu saya tidak cukup

Pada masa-masa tertentu, ibu-ibu akan mendapati bayi anda minum lebih banyak dari biasa. Inilah yang dikatakan bahawa bayi anda sedang mengalami “growth spurt” atau sedang membesar dengan cepat. Sebab itulah pada masa ini, ibu-ibu merasakan seperti susu tidak cukup. Tapi, jangan risau… ianya berlaku sekejap sahaja dan berdasarkan pengalaman saya, ianya biasa berlaku di peralihan bulan.
♦ Adakah bayi saya sihat?

Bayi yang tidak sihat akan banyak meragam dan suka memerap dengan lama. Terutama jika bayi sedang demam, ibu-ibu akan mendapati bayi akan menyusu lebih banyak dan sememangnya ibu-ibu digalakkan untuk menyusui bayi dengan lebih kerap pada ketika ini. Ini kerana susu ibu adalah penawar yang terbaik bagi memulihkan keadaan si bayi kerana ianya kaya dengan antibodi yang bayi perlukan. Susu ibu juga merupakan sumber air untuk merendahkan suhu badan bayi melalui pembuangan air kencing.

♦ Berapa kerap bayi saya menukar lampin (kencing) dalam sehari?

Bayi zaman sekarang kebanyakannya dipakaikan dengan lampin pakai buang yang sentiasa kering walaupun bayi sudah kencing berkali-kali. Jadi, ia menjadi sukar untuk ibu-ibu mengetahui berapa kali si bayi sudah membuang air kecil dalam sehari. Salah satu petunjuk untuk mengetahui jika bayi anda cukup minum susu atau tidak adalah lampin perlu ditukar ataupun bayi akan kencing sebanyak 6-8 kali dalam sehari. Jadi, sebelum membuat kesimpulan “susu saya tidak cukup”, apa kata ibu-ibu bertukar kepada lampin kain untuk memastikan berapa kali ibu-ibu perlu menukarnya dalam jangka masa sehari.


 

Voilà..tu diaaa panjang berjela checklist yang ibu-ibu perlu tahu dan periksa sebelum mengaku yang ibu-ibu semua takde susu ye. Jika ada sebarang kemusykilan atau sebarang pertanyaan, jangan segan silu hubungi saya di talian 012-357 9599 ya. Semoga ibu-ibu menyusu di luat sana tidak mudah putus asa dan berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun…Ameen! 🙂

3 Comments
  1. Sharing yg sgt bagus. Breastfeeding is sunnah!

  2. Rindunya saat menyusukan baby secara eksklusif. Alhamdulillah kebanyakan tip yang dikongsi ni mmg byk buat secara tak langsung. Bila dpt menyusukan Icha rasa mcm jadi ibu terhebat lahhh wpun rumah tunggang terbalik semua hihihi sebabnya at least I know one thing for sure she got the best, which is MY MILK! 🙂

Leave a Reply to Sue Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency