Tahukah anda kehilangan collagen adalah punca utama penuaan? Proses penuaan bermula secara semulajadi apabila kita memasuki usia 20-an. Semakin kita meningkat usia, semakin kurang kandungan collagen dalam badan kita. Secara purata, tubuh kita kehilangan 1000mg ke 4000mg collagen setiap hari. Wanita kehilangan collagen 2.5x lebih cepat berbanding lelaki. Sebab itulah walaupun pada usia yang sama, kebanyakan wanita kelihatan lebih tua daripada lelaki!
Collagen Bukan Hanya Untuk Kulit Yang Cantik!
Tetapi, jangan ingat collagen ini hanya untuk tampil muda sahaja ye! Collagen mempunyai pelbagai lagi peranan penting dalam badan manusia. Collagen adalah tisu penyambung yang bukan sahaja menyokong kekuatan dan fleksibiliti kulit, tetapi juga terdapat pada rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan salur-salur darah. Contohnya:
- 72% daripada kulit terdiri daripada collagen.
- Kornea mata juga adalah collagen.
- 80% daripada tulang diperbuat daripada collagen.
- Collagen melindungi organ dalaman seperti perut, hati, jantung, paru-paru, salur-salur darah, sel-sel otak dan lain-lain.
Jadi, sekiranya anda kehilangan collagen, kesannya bukan sahaja nampak di kulit dan wajah tetapi mungkin juga di tempat-tempat lain.
Kenali Simptom Kekurangan Collagen
Tak percaya anda semakin kehilangan collagen? Cuba periksa jika anda mengalami simptom-simptom kekurangan collagen di bawah ini:
- Penglihatan menjadi kabur dan terdapat garisan ketawa, kedutan, lingkaran hitam, sembab di kawasan mata.
- Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
- Liang pori-pori menjadi semakin besar, bintik-bintik hitam, jeragat dan tona kulit kekuningan di wajah.
- Gusi yang tidak sihat.
- Garis-garis halus muncul di leher.
- Payudara dan pinggul menjadi kendur.
- Kulit menjadi kendur, kering dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
- Organ dalaman tidak berfungsi dengan baik.
- Kuku menjadi retak, rapuh dan kekuningan.
- Kalsium semakin hilang dan mengalami sakit belakang dan sakit sendi.
Jadi, adakah anda mengalami simptom kekurangan collagen ini?
Lepas ni, jangan kata anda tak tahu mengapa orang memanggil anda “makcik” walaupun anda baru umur 30-an ye! Jangan mengeluh kalau suami dah tak suka peluk anda sebab badan anda melendut sana sini. Jangan stress tengok rambut gugur dan bersepah-sepah dan kuku anda pecah-pecah.
Untuk mengatasi ini, collagen yang hilang perlu di ‘top up’ kembali. Jadi, amalkanlah collagen sebagai makanan tambahan anda. Dengan lambakan pelbagai collagen di pasaran, jadilah pengguna yang bijak agar dapat memilih collagen yang terbaik yang semulajadi dan mudah diserap oleh tubuh.
Pilihan saya, semestinya Shaklee Collagen Powder. Anda bagaimana?
Leave a Reply