Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Nak kenal diri sendiri? Pergilah mengembara!

“To travel is to take a journey into yourself” – Danny Kaye

Nak kenal diri sendiri? Pergilah mengembara! Begitulah kakfar tahu kakfar ni jenis orang yang macam mana.

Kakfar sebenarnya memang kaki travel. Dari zaman kecik-kecik lagi. Sebab abah pun jenis kuat berjalan. Mula-mula dulu, kakfar hanya makan angin dengan keluarga je. Pastu, seawal darjah 4, kakfar dah join rombongan sekolah ke Kuala Lumpur, tahun seterusnya join piknik kat Janda Baik, dan lepas UPSR pergi Cameron Highland.

Kakfar terlampau suka mengembara sampaikan kakfar boleh switch cita-cita nak jadi doktor kepada engineer bila kakfar dapat offer pi belajar kat obesi pada usia 18 tahun. Haha. Alhamdulillah, kakfar survived walaupun tak minat sangat pun sebenarnya engineering ni 😂

Baru 3 bulan kat France, kakfar dengan my friend, Semy, dah panjang langkah sampai Aalen, Germany, untuk join Malaysian students kat sana yang buat jamuan sambutan hari raya walaupun masa tu bukan pada hari raya yang pertama. Kesian tau kitorang masa tu. ‘Kecik’ lagi baru 18 tahun. Tapi, dah beraya jauh dari keluarga. Dahlah takde komuniti Malaysia kat tempat kitorang masa tu kecuali kumpulan kitorang sendiri yang seramai 12 orang je.

Kakfar ingat lagi. Masa hari raya pertama, kitorang just berkumpul dan buat makan-makan  sesama kitorang 12 orang dan dengan cikgu-cikgu bahasa Perancis yang baik hati. Kebetulan raya puasa time tu dekat dengan krismas. So, kira macam sama-sama sambut raya masing-masinglah.

Tapi yelah, manalah meriah mana kan?😅 Mana ada ketupat rendang semua tu. Masa tu aku pandang ko. Ko pandang aku. Haha Sadis!

So, bila kawan Semy di Stuttgart (kalo tak silap) ajak beraya kat Germany, apa lagi makin panjanglah langkah kitorang 😁. Kitorang pun terima jemputan tu dan buat kitorang punya first international trip lepas 3 bulan sampai kat France.

Itulah pertama kali kitorang naik train malam. Boleh tahan cuak juga sebenarnya naik train malam kat europe ni! Sebab kitorang berdua je muslimah bertudung naik train malam2 tu. Huhuhu. Dahlah train malam ni memang lembab macam kura-kura sebab dia berhenti kat semua stesen. Pastu ada macam-macam jenis orang pulak yang naik. Paling tak tahan, kalau yang naik tu mabuk. Bau mulut dia.. ughhh!

Bila dah sampai Jerman, kakfar rasa peghak sungguh bila tengok ramai orang Malaysia kat sana. Haha. Dapat jumpa rendang pun punyelah excited kemain, padahal masa raya kat Malaysia kakfar bukan peminat rendang pun  Yang bertambah peghak lagi, snow sangatlah tebal masa kitorang sampai tu. Ada tempat, sampai tenggelam kaki kita bila berjalan! Yela.. Manalah tak peghak sebab kat tempat kitorang masa tu salji baru je nak start turun. Kitorang punya first time kan haha

rahsiavitaminibu.com

Anyway sejak dari tu, kakfar makin ligat berjalan. Pantang ada cuti sikit, pasti kakfar manfaatkan untuk pergi tengok tempat orang. Kakfar manfaatkan sepenuhnya faedah jadi student untuk dapat tiket murah.

Tak cukup pergi dengan kawan-kawan, kakfar ajak adik kakfar pulak datang untuk explore Europe sama-sama. Nak tahu macam mana perasaan mengembara jauh-jauh untuk kali pertama? Boleh baca pengalaman yang adik kakfar kongsikan di sini.  Tapi kena bertabahlah membacanya sebab karangannya memang panjang berjela berkilo2 meter 

Orang dok kata syoknya muda-muda dah dapat travel jauh-jauh.

Eh, bukan mudah tau! Dulu mana ada tiket flight atau pakej murah2 macam sekarang. Dan kitorang pun bukannya orang kaya. Tapi sebab nak travel punya pasal, kitorang memang berjimat cermat sampai pernah ikat perut.

Kenapa sampai macam tu sekali kami ketagih nak travel?

Sebab dengan mengembaralah kakfar rasa jiwa kita jadi makin kaya. Mata dan minda kita akan terbuka luas. Kita belajar untuk sesuaikan diri dengan budaya orang lain tanpa melupakan jati diri.

Kita akan belajar untuk atasi halangan. Kita belajar untuk survive! Kita belajar kenal orang yang travel dengan kita. Kita belajar kenal diri sendiri!

Mungkin akan kedengaran sedikit ironi, tapi asbab mengembaralah kakfar rasa makin cinta dengan negara sendiri! Orang sekarang ramai rasa nak migrate, tapi kakfar takde pulak rasa teringin 

Tak caya cakap kakfar? Cer korang try travel sekali 

Anyway, sekarang kakfar banyak slow down dah bab-bab travel ni sebab terikat dengan komitmen. But i’m still a traveler walaupun dekat2 aje. Dan kakfar rasa cukup seronok sebab minat ini kini dikongsi bersama adik2 kakfar dan juga downline2 di bawah   #CharmEmpire yang akan ke jepun tak lama lagi.

Ke destinasi manakah yang kakfar dan keluarga akan pergi pada tahun ini?

Jeng jeng jeng! Nanti kakfar story 

Love,

Fara Fadzil

 

 

@kakfar | SID 860722

012-3579599

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company